Sunday 27 November 2011

Statue of liberty Part i

22:35

    Statue of Liberty dibina diatas tapak  berbentuk bintang . Ia merupakan mercu tanda bagi Bandaraya New                                                                             York.

   Statue of liberty merupakan sebuah monumen yang terkenal di dunia , ia terletak di barat laut Manhattan , iaitu di Liberty Island atau dahulu dikenali sebagai Bedloe Island , New York Harbor , Amerika syarikat .
Monumen ini dihadiahkan oleh kerajaan Perancis kepada Amerika Syarikat sebagai simbol persahabatan semasa revolusi Amerika Syarikat.



Pembinaan monumen ini dicadangkan oleh Edourd de Laboulaye , seorang sejarawan dan ahli politik Perancis . Ia adalah bersempena ulang tahun ke 100 deklarasi Kemerdekaan Amerika Syarikat pada tahun 1875. Cadangan tersebut dibuat semasa majlis makan malam berhampiran Versailles pada tahun 1865 . Monumen  ini direka bentuk oleh Frederic Auguste Barththoldi.


Monumen Statue of Liberty berukuran 46 meter tinggi dari tapak kaki hingga ke obor . Pembinaanya dibuat secara berperingkat - peringkat. Ia mula dibina pada tahun 1875. Proses pembinaanya dibuat di Kilang Gaget , Gauthier , Paris .

Pemasangan rangka monumen bahagian tengah ini adalah berasaskan idea Viollet-leDuc . Bahagian mahkotanya mempunyai 25 buah tingkap bercermin dan boleh memuatkan sehingga 30 orang pengunjung pada satu masa.



FAKTA MENARIK TENTANG MONUMEN INI ;


1.Komponen asasnya ialah besi dan kepingan tembaga , sebanyak 300 keping tembaga dengan ketebalan 0.24 cm digunakan untuk bahagian kulit patung.

2.Nama Arkitek yang membina monumen ini ialah Shreve , Lamb & Harmon.

3.Tarikh binaan monumen ini ialah 1875 - 1886.

4.Lokasinya terletak di Liberty Island , New York Harbour , Amerika Syarikat .



    "Garisan cantuman tembaga pada
    wajah tidak harus terkena pada
   bahagian matanya"
   (Frederic Augustine Bartholdi , pereka Statue of Liberty)






#  jika terdapat sebarang cadangan atau komen , anda boleh meninggalkan komen atau cari di Facebook           Shafiqq Haziqq . Sebarang cadangan atau komen yang memina amat dialu-alukan


0 comments:

Post a Comment