Portfolio

Our Blog

The outline of what we do in this site

Tuesday 13 December 2011

15 Rutin Seorang Muslim

                                                                                      sumber : akuislam.com




1. Mulakan hari dengan Alhamdulillah!

2. Dahulukan Allah, dalam setiap benda and setiap ketika

3. Tenang, dalam semua situasi

4. Hindari rasa marah

5. Berkongsi kegembiraan, dan bersyukur kepada Allah untuk perkara itu.

Monday 12 December 2011

Laman web yang patut anda lawati

Strip generator
            Reka bentuk yang ringkas memudahkan pengguna membina komik mereka sendiri secara onlain .

Laman web ini menawarkan antaramuka yang mudah difahami dan tidak memerlukan kreativiti seseorang untuk  melukis sesuatu objek . Untuk permulaan anda hanya perlu menekan kekotak merah yang bertulis "CREATE NEW STRIP" .Selepas itu anda perlu memilih "frames" yang anda kehendaki .selepas melakukan tugasan sebentar tadi , anda perlu memilih karakter atau objek yang anda inginkan dan seret ke dalam kotak yang disediakan dan kalau ingin melihat karakter anda lebih hidup , letaklah "text" . Selepas melakukan segala perkara diatas anda boleh menyimpan dan tekan "finish" di bawah sekali belah kanan . Anda perlu register dan ikutlah arahan yang diberikan seterusnya .

Sunday 11 December 2011

Twitter mengetengahkan reka bentuk baru mirip facebook ?

                                          Reka Bentuk Baru

Laman yang menggunakan kaedah follower dan folowing sebagai medium interaksi ini telah melancarkan reka bentuk yang membolehkan pengguna memiliki laman profil dan berbual antara pengguna lain . Konsep yang ketara dapat dilihat pada penambahan halaman profil yang mengetengahkan konsep tweet yang mirip comment pada facebook .

Selain itu , tweeter juga telah melancarkan activity untuk melihat aktiviti following mereka dan ciri ini mirip seakan news feed pada facebook .

Friday 9 December 2011

Carian paling popular dan cepat menigkat pada 2011 dalam Malaysia

Segala kandungan ini dipetik dari google zeitgeist 2011 . Google Zeitgeist ialah sebuah aplikasi google yang membantu merekodkan segala carian jutaan pengguna google setiap hari . Huraian untuk 10 carian paling cepat meningkat , carian facebook pada tahun lepas berada pada kumpulan carian paling popular dan telah meningkat kepada carian paling pantas meningkat , lain pula dengan carian Angry Birds yang terus kepada carian paling pantas meningkat yang sebelum ini tidak berada pada mana-mana kumpulan , dan sama juga seperti carian-carian lain





10 CARIAN PALING CEPAT MENINGKAT



1. Facebook                                                
2. Angry Birds
3. Maharaja Lawak
4. iPhone 5
5. Samsung Galaxy
6. iPad2
7. Jawatan kosong
8. Android
9. Tonton
10. Aishiteru


Monday 28 November 2011

Sembang talian selera tempatan

                                         Facebook digunakan sebagai medium untuk berinteraksi .


      Anda mungkin hanya mengetahui laman sosial seperti Facebook , Twitter , isla.my ,my space, BBM yang membenarkan anda untuk berinteraksi sesama  penduduk tempatan mahupun luar negara.....tapi tahukah anda terdapat banyak lagi laman web yang menawarkan pengalaman anda bersosial di dalamnya dan masih ramai lagi yang berminat dan bertanyakan apakah laman - laman "chatting" tempatan yang dirasakan sesuai untuk dilawati dan sekaligus turut bersosial di dalamnya . Berikut antara laman sosial yang tidak kurang popularnya :


e-keluarga


Sunday 27 November 2011

Statue of liberty Part i

    Statue of Liberty dibina diatas tapak  berbentuk bintang . Ia merupakan mercu tanda bagi Bandaraya New                                                                             York.

   Statue of liberty merupakan sebuah monumen yang terkenal di dunia , ia terletak di barat laut Manhattan , iaitu di Liberty Island atau dahulu dikenali sebagai Bedloe Island , New York Harbor , Amerika syarikat .
Monumen ini dihadiahkan oleh kerajaan Perancis kepada Amerika Syarikat sebagai simbol persahabatan semasa revolusi Amerika Syarikat.

Saturday 26 November 2011

Louisiana Superdome

                          Superdome dibina untuk pelbagai acara . Ia merupakan stadium tertutup sepenuhnya.


  Stadium Louisiana Superdome adalh stadium tertutup sepenuhnya terbesar di dunia . Ia terletak di pusat bandar New Orleans . Bahagian bumbungnya boleh menutupi kawasan seluas 10 ekar . Tinggi bahagian tengah bumbungnya bersamaan dengan tinggi bangunan 26 tingkat.

Perancangan pembinaan Stadium Lousiana Superdome bermula pada tahun 1967 . Pembinaanya menelan belanja sebanyak A$ 173 juta . Kontrak untuk membina stadium ini telah diserahkan kepada sebuah firma di New York iaitu Curtis and Davis Architects and Planners . Firma tersebut kemudianya bekerjasama dengan perunding kejuruteraan St Louis , iaitu Sverdrup & Parcel and Associates . Pembinanya bermula pada awal tahun 1972 dan dibuka dengan rasminya pada 3 ogos 1975.

Sydney Opera House

                              Bangunan Sydney Opera House terletak di Bennelong Point, pelabuhan Sydney.

  Opera House adalah hasil titik sentuhan rekaan Jorn Utzon. Pembinaanya telah dimulakan pada tahun 1959 dan siap sepenuhnya pada tahun 1973 dengan menggunakan konkrit dan kaca . Bangunan indah ini berbentuk cengkerang , ia mempuyai dua bahagian utama , 1000 bilik dan meliputi kawasan lapang seluas 11 ekar.
                     

Di dalamnya , terdapat ruang orkestra , opera , bilik latihan dan muzik , dewan pameran dan muzik tiga buah restoran enam buah bar , perpustakaan dan bilik persalinan.


Bahagian bumbung Opera House terdiri daripada 2414 segmen dan menggunakan sejuta seramik .
Berat setiap segmen ialah antara lima hingga 15 tan metrik.


Bahagian hujung bumbung pula , iaitu seluas 6225 meter persegi dibina menggunakan kaca terpilih.