Saturday 26 November 2011

Filled Under:

Louisiana Superdome

20:27

                          Superdome dibina untuk pelbagai acara . Ia merupakan stadium tertutup sepenuhnya.


  Stadium Louisiana Superdome adalh stadium tertutup sepenuhnya terbesar di dunia . Ia terletak di pusat bandar New Orleans . Bahagian bumbungnya boleh menutupi kawasan seluas 10 ekar . Tinggi bahagian tengah bumbungnya bersamaan dengan tinggi bangunan 26 tingkat.

Perancangan pembinaan Stadium Lousiana Superdome bermula pada tahun 1967 . Pembinaanya menelan belanja sebanyak A$ 173 juta . Kontrak untuk membina stadium ini telah diserahkan kepada sebuah firma di New York iaitu Curtis and Davis Architects and Planners . Firma tersebut kemudianya bekerjasama dengan perunding kejuruteraan St Louis , iaitu Sverdrup & Parcel and Associates . Pembinanya bermula pada awal tahun 1972 dan dibuka dengan rasminya pada 3 ogos 1975.



Stadium ini disokong oleh 2100 batang tiang konkrit yang setiapnya berukuran 49 meter panjang , tiang ini tertanam di bawah satu dasar dan di bahagian paras bawah stadium ini terdapat tiga tingkat tempat letak tempat kereta dan boleh memuatkan sehingga 5000 buah kereta . Tingkat di bahagian atasnya pula digunakan sebagai ruang pejabat . Padang rumpputnya terdiri daripada padang buatan jenis Astro Turf 8 atau Mardi Grass .



FAKTA MENARIK TENTANG STADIUM lOUISINA SUPERDOME ;


1.DisebabkanNew Orleans merupakan kawasan yang sering dilanda "hurricane" kerangka besi waja stadium dibina bagi menahan tiupan angin selalu 150 batu sejam.

2.Berat kerangka keluli dinding dan bumbung stadium adalah 200 000 tan metrik.

3.Nama pereka stadium ini ialah Nathaniel C.Curtis and Davis.

4.Luas kubah stadium ini ialah 680 kaki.





 #  jika terdapat sebarang cadangan atau komen , anda boleh meninggalkan komen atau cari di Facebook            Shafiqq Haziqq . Sebarang cadangan atau komen yang memina amat dialu-alukan

0 comments:

Post a Comment