Monday 12 December 2011

Laman web yang patut anda lawati

10:57

Strip generator
            Reka bentuk yang ringkas memudahkan pengguna membina komik mereka sendiri secara onlain .

Laman web ini menawarkan antaramuka yang mudah difahami dan tidak memerlukan kreativiti seseorang untuk  melukis sesuatu objek . Untuk permulaan anda hanya perlu menekan kekotak merah yang bertulis "CREATE NEW STRIP" .Selepas itu anda perlu memilih "frames" yang anda kehendaki .selepas melakukan tugasan sebentar tadi , anda perlu memilih karakter atau objek yang anda inginkan dan seret ke dalam kotak yang disediakan dan kalau ingin melihat karakter anda lebih hidup , letaklah "text" . Selepas melakukan segala perkara diatas anda boleh menyimpan dan tekan "finish" di bawah sekali belah kanan . Anda perlu register dan ikutlah arahan yang diberikan seterusnya .




Clayyourself


                           Laman web ini menawarkan antara muka yang menarik .


Laman yang dibina percuma kepada penggunanya ini membenarkan pengguna mereka , mereka sendiri avatar(karakter sendiri) yang mereka kehendaki . Anda hanya perlu melengkapkan 12 objek seperti rupa bentuk kepala sehingga aksesori untuk menyiapkan sesebuah avatar . Selepas melakukan segala tugasan untuk menyiapkan karakter , anda perlu melengkapkan nama dan email . Laman ini menyokong Facebook dan Twitter untuk anda "share" di "wall" anda atau anda hanya boleh terus memuat turun terus ke komputer anda . Untuk merasai lebih keseronokan , anda boleh mengikuti langkah-langkah yang diajar seterusnya . Anda boleh melihat hasil karya anda dan orang lain di galeri yang disediakan , dan anda juga boleh "like" avatar yang menjadi pilihan anda . Selamat mencuba !!!!!!!!!!



OneClique


                              Laman berita juga terdapat pada OneClique .



Konsep satu klik untuk melakukan banyak perkara merupakan perkara yang ingin ditonjolkan oleh laman web yang dibangunkan anak tempatan ini . Dengan hanya satu klik , anda boleh mengemas kini status atau membuat sebaran maklumat secara serentak , secara tidak langsung dapat menjimatkan masa berbanding pos ke Wall yang berbeza akaun sosial . Apa yang menarik tentang laman web ini ialah , jika ada perkongsian audio atau video boleh dimainkan terus daripada pelayar . Anda boleh memilih dua cara untuk "sign up" pertama dengan menggunakan  akaun sosial anda seperti Facebook , Twitter dan banyak lagi , kedua secara secara manual . Bagi peniaga atau mereka yang ingin  mengiklankan produk atau servis juga disokong di laman ini . Mungkin ia boleh dicuba terutama untuk mereka yang sasarkan pembeli daripada khalayak tempatan . Hanya satu klik untuk semua tempat !!!!!!!!




Anda boleh meninggalkan kadar bintang untuk setiap laman web diatas di dalam ruangan komen

  ===============================================================
# laman seperti stripgenerator dan clayyourself memerlukan sokongan adobe flash yang dipertingkatkan .

  ===============================================================  



p/s : jika terdapat sebarang cadangan atau komen , anda boleh meninggalkan komen atau cari di Facebook Shafiqq Haziqq . Sebarang cadangan atau komen yang membina amat dialu-alukan

0 comments:

Post a Comment