Saturday 26 November 2011

Filled Under:

Sydney Opera House

08:44

                              Bangunan Sydney Opera House terletak di Bennelong Point, pelabuhan Sydney.

  Opera House adalah hasil titik sentuhan rekaan Jorn Utzon. Pembinaanya telah dimulakan pada tahun 1959 dan siap sepenuhnya pada tahun 1973 dengan menggunakan konkrit dan kaca . Bangunan indah ini berbentuk cengkerang , ia mempuyai dua bahagian utama , 1000 bilik dan meliputi kawasan lapang seluas 11 ekar.
                     

Di dalamnya , terdapat ruang orkestra , opera , bilik latihan dan muzik , dewan pameran dan muzik tiga buah restoran enam buah bar , perpustakaan dan bilik persalinan.


Bahagian bumbung Opera House terdiri daripada 2414 segmen dan menggunakan sejuta seramik .
Berat setiap segmen ialah antara lima hingga 15 tan metrik.


Bahagian hujung bumbung pula , iaitu seluas 6225 meter persegi dibina menggunakan kaca terpilih.






FAKTA MENARIK TENTANG SYDNEY OPERA HOUSE ;


1.Pada Januari 1957 , Opera House yang direka oleh Jorn Utzon dijangka menelan belanja A$7.2 juta  . Apabila siap pada tahun 1973 perbelanjaan sebenarnya adalah A$102, iaitu 14 kali ganda dari jangkaan asal.

2.Dianggarkan berat bumbung Sydney Opera House adalah 26800 tan metriks.

3.Kaca yang digunakan untuk membina bangunan ini seluas 1.5 ekar.

4.Bahagian penyambung rabung bangunan Sydney Opera House dijangka boleh bertahan selama 20 tahun. Namun setelah 10 tahun ,ia terpaksa digantikan semula kerana rosak teruk.


Biodata pereka ;


NAMA                 ; JORN UTZON.

TARIKH LAHIR  ;1917.

TEMPAT LAHIR ;DENMARK.



#   jika terdapat sebarang cadangan atau komen , anda boleh meninggalkan komen atau cari di Facebook            Shafiqq Haziqq . Sebarang cadangan atau komen yang memina amat dialu-alukan

0 comments:

Post a Comment